Thursday, November 02, 2006

RAMADHAN DAN PERUBAHAN


(Ringkasan dari petikan didalam bahasa inggeris yang saya terima. Maaf sekiranya tidak sampai kepada maksud dan penghayatan sebenar penulis asal).

Kita semua sentiasa dikelilingi oleh rangkaian dosa, terperangkap dengan tabiat tabiat negatif dimana semua ini adalah membahayakan dan merosakan diri kita tanpa disedari. Dosa dan tabiat tabiat negatif ini telah menjadi sebati dan sukar untuk di buang terutama apabila keazaman didalam diri kita telah lemah.

Faktor utama untuk meninggalkan tabiat buruk ini ialah dengan mempunyai keazaman yang tinggi. Ramadhan datang lagi menawarkan latihan latihan untuk kita memperkemaskan semula keazaman ini. Keazaman untuk memelihara had-had yang ditentukan oleh Allah S.W.T, untuk pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan untuk melaksanakan hukuman dan undang undang Allah S.W.T didalam sebarang tindak tanduk kita.

Berpuasa adalah satu jalan yang terbaik untuk memperkemaskan azam kita, memperhubungi diri, penyerahan diri, kepatuhan dan juga satu jalan untuk mengutamakan tuntutan Allah SWT dari tuntutan peribadi kita. Jadi, berpuasa adalah merupakan satu peluang keemasan untuk menghindarkan tabiat tabiat negatif kita. Disini adalah satu huraian kepada faktor faktor yang menolong kita menuju kearah itu:-

Mempuyai keazaman yang tinggi.
  • Seperti diterangkan diatas semakin kuat keazaman kita semakin lemahlah dan juahlah kita dari tabiat tabiat negatif itu.

Masa untuk perubahan yang cukup.

  • Kita berpuasa menuruti apa yang disyari’atkan dengan sebaiknya. Kita akan sentiasa membuang sifat sifat negatif semasa berpuasa. Sekiranya kita ikhlas untuk perubahan, 30 hari yang disyariatkan adalah satu masa yang cukup panjang untuk satu perubahan yang menerus.

Perubahan yang menyeluruh.

  • Berpuasa menukar masa tidur, bangun, makan, cara kita menggunakan masa, susunan rancangan mengikut kepentingan dan keperluan sehinggalah kepada perubahan emosi kita, jadi keupayaan dan peluang untuk menemui perubahan diri adalah tinggi.

Perubahan yang khusus.
  • Berpuasa dibulan Ramadhan membuat semua umat Islam pada khususnya berubah. Oleh itu setiap muslim mendapat suasana perubahan ini secara dalaman atau pun luaran yang mana ianya merupakan satu faktor utama untuk menjurus kepada sesuatu perubahan yang kekal.

Sekiranya kita tidak berjaya berubah selepas wujudnya berbagai bantuan seperti yang dihuraikan dan didalam masa yang panjang itu, kita mungkin tidak dapat menemui perubahan didalam hidup kita. Ataupun sememang bukanlah perubahan yang kita carikan. Sekiranya kita tidak berusaha untuk menemui perubahan itu, kita bolehlah dianggap sebagai telah mengianiaya diri kita sendiri daripada rahmat dan berkat yang diturunkan dari Allah SWT tuhan sekelian alam.

Allah SWT yang telah mewajibkan Puasa keatas hamba hambanya supaya mereka berubah dari tabiat tabiat negatif kepada sifat sifat yang positive. Sebalik kita cuma berjaya menukarkan masa makan sahaja. Janganlah kita termasuk didalam golongan ini, tetapi jadilah kita orang orang yang bijak dan kumpulan yang berilmu yang sentiasa berminat untuk mencari kebenaran dan tujuan syariat Allah SWT.

Tujuan utama berpuasa ialah untuk membersihkan jiwa kita dari kehendak kehendak dan tradisi tradisi yang tidak dibenarkan. Untuk mencapainya bergantung kepada kita untuk membuangkan sifat dan sikap yang negatif itu. Pergantungan kita yang berterusan terhadap kepada sikap sikap tersebut jugalah termasuk didalam satu bentuk perhambaan.

Sekian, semoga ramadhan yang baru berlalu adalah yang terbaik buat anda. Aamiiin.

No comments: