Tuesday, September 25, 2007

MALANGNYA ADIK NURIN


Malangnya Adik Nurin.


Ustaz Salleh telah mengulas tentang kejadian malang keatas Adik Nurin semasa Tazkirah selepas Sembahyang Terawih Sabtu lalu. Ustaz memulakan ulasan dengan Hadith yang mana tidak akan terjadinya Kiamat Besar sehingga terjadinya berberapa pekara. Antaranya ialah "Apabila Ibubapa akan dalam sentiasa dalam keadaan marah kerana anak-anak" dan satu lagi "Apabila ¾ dari golongan kanak akan diianayai, dibunuh, dicicang dan sebagainya ".


Dia bercerita bahawa Saidina Umar r.a. pada era Jahiliahnya telah menanam anak perempuannya yang berusia 4 Tahun. Pada hari kejadian itu, dia telah mengajak anak perempuannya yang kecil itu berjalan ke padang pasir. Sebagai anak kecil ia hanya mengikut sahaja kemahuan bapaknya. Anak itu ketika mana dilihatnya bapanya berpeluh mengali lubang ditengah padang pasir itu, anaknya telah melahirkan persaan simpati dan meminta untuk mengelap peluh bapanya. Perasaan Umar r.a amat terharu dan berat sekali. Tetapi kerana dia tidak sanggup untuk melihat anaknya nanti apabila dewasa diperhambakan, diperdagangkan dan diperbuatkan bermacam macam lagi kehinaan oleh masyarakat rakus jahilliah pada masa itu, dia meneruskan juga menimbus anak kecilnya. Kejadian yang sama telah dilakukan oleh bapa bapa dizaman itu termasuklah Abu Jahal dan beberapa nama yang saya tidak ingat.


Tanda tanda seperti yang disebutkan didalam hadith tadi telah sekarang mula ternampak dimana ibubapa sentiasa marah kerana anak anak yang menghadapi bermacam macam masaalah pada waktu ini atau pun marahkan akan pengianayaan yang telah dilakukan terhadap anak anak mereka seperti yang terjadi padi Adik Nurin ini. Sementara itu pulak kejadian pengianayaan anak anak telah juga telah menonjol dan lebih ramai lagi mangsa seperti Adik Nurin akan terjadi, itu yang pasti. Kenapa?

Manusia tidak lagi gerun untuk melakukan jenayah kerana tiada hukuman yang telah ditetapkan oleh penciptanya dikuatkuasakan. Manusia akan bertambah rakus kerana dia tidak lagi akan takut kepada undang undang yang sedia ada. Manusia akan kembali seperti mana zaman jahilliah yang mana ibubapa seperti Umar r.a sanggup dan lebih rela menimbus anak kesayangan mereka daripada diperlakukan sebagai binatang atau lebih hina dari itu oleh masyarakat jahilliah yang rakus.

Ringkasnya, masaalah kerakusan masyarakat Jahililliah telah dan akan terbukti selesai dengan datangnya Islam dan Islam jugalah yang telah dan akan mengangkat darjat wanita ke ketahap yang mulia. Kembalikah kita pada Islam dan mulakan ia melalui diri kita, keluarga kita, jiran jiran kita dan sebagainya.

Sekian. Maaf sekira tidak sampai kepada maksud sebenar penyampainya.